Khamis, 13 September 2012

Sebarang Pertanyaan

Sejak bermula dengan bisnes ni bermacam2 soalan yang kami dapat samada melalui email ataupon comment di blog ini. Jadi untuk memudahkan kami dan juga anda, di sini saya akan letakkan jawapan kepada semua soalan2 yang selalu kami dapat


Di manakah lokasi perniagaan Gubahan Bunga Hantaran

Perniagaan kami beroperasi di area kelantan


Saya ingin tahu caj untuk gubahan hantaran

Kami menawarkan pakej harga mengikut kuantiti gubahan hantaran yang ditempah. Untuk harga yang terkini anda boleh boleh rujuk ke laman: Harga Gubahan Bunga Hantaran



Bagaimana penghantaran gubahan-gubahan hantaran dilakukan??


Kami tidak menawarkan sebarang perkhidmatan penghantaran gubahan bunga hantaran yang telah siap digubah. Anda perlu ke lokasi kami untuk mengambil sendiri semua gubahan yang telah siap.




Majlis perkahwinan/pertunangan saya bakal diadakan di [nama tempat i.e: melaka, kedah etc..], bolehkan saya menempah gubahan hantaran dengan puan?

Kami tidak terima tempahan dari luar daripada area kelantan.


Ada servis penghantaran ke [nama tempat] tak?


Kami tidak menawarkan servis penghantaran ,semua gubahan-gubahan yang telah siap boleh diambil sendiri .Bagi yang berada di area kelantan anda haruslah mengambil sendiri gubahan yang telah siap.




Bagaimana pembayaran dilakukan?


Semua pembayaran adalah secara tunai. Bayaran minimum RM80 atau lebih diperlukan untuk booking tarikh dan selebihnya perlu dibayar ketika mengambil gubahan hantaran yang telah siap.


Saya ingin tahu sama ada kos gubahan hantaran sama jika majlis di buat di xxx.


 HARGA GUBAHAN BUNGA HANTARAN kami tidak sama bergantung kepada gubahan tersebut.






Puan/Encik gubah bekas hantaran sahaja ataupon termasuk barang hantaran sekali?

Gubahan hantaran yang digubah termasuk dengan barang hantaran sekali. Barang-barang yang hendak digubah hendaklah diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis diadakan bagi yang berada di area kelantan.



Adakah warna telah ditetapkan atau boleh pilih sendiri?

Warna tema gubahan bunga hantaran merupakan pilihan anda sendiri, tetapi untuk setiap warna kami mempunyai jumlah yang terhad. Jika warna yang anda mahu tidak ada, berkemungkinan kami boleh buat set yang baru tetapi bergantung kepada budi bicara kami.
Untuk mengetahui kombinasi warna yang masih ada anda perlu telefon ataupon email kepada kami sendiri.



Pakej Gubahan Bunga Hantaran ini sekali dengan barang (i.e: handbag, alat make-up, etc) atau gubahan sahaja?

Kami tidak menyediakan barang-barang seperti handbag, alat mekap, dan etc…semua itu perlu disediakan oleh anda dan diberikan kepada kami 2 minggu sebelum majlis anda dilangsungkan. Tetapi kami boleh membantu untuk membelikan buah-buahan atau coklat. Kos tambahan ini perlu anda bayar penuh bersama dengan harga pakej yang anda tempah semasa anda datang untuk mengambil gubahan hantaran yang telah pon siap.



Biasanya memerlukan masa berapa lama ya untuk gubahan hantaran dapat disiapkan?

Gubahan Bunga hantaran tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan, tetapi adalah digalakkan untuk anda buat tempahan awal kerana tempahan yang kami ambil untuk masa seminggu adalah terhad dan jika quota telah penuh kami terpaksa menolak tempahan anda.



Jika anda mempunyai soalan yang tidak dikemukakan di page ini anda boleh, call terus Encik ridzuan 0139353058 / Pn.Fizah 0146742247 atau pon email di ridzuan0691@gmail.com untuk bertanyakan soalan ataupon kemusykilan yang anda ada.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan